Friday, November 11, 2016

Birthday Giveaway by KasihkuAmani.

Bismillah..



Syarat Penyertaan:
1. Mestilah blogger di Malaysia.
2. Sila follow blog KasihkuAmani.
3. Buat satu entry dengan menggunakan tajuk Birthday Giveaway by KasihkuAmani.
4. Letakkan banner pada entry.
5. Banner hendaklah dibacklink ke sini.
6. Link penyertaan/url blog hendaklah ditinggalkan di kotak komen ini sahaja.
7. Pemenang akan dicabut oleh Sha dan juga Suami. 


Hadiah Untuk Pemenang
Sebuah Novel X 4 orang pemenang
(Hadiah akan ditambah bergantung pada penyertaan)
Update : SENARAI HADIAH


Tarikh Giveaway : 01 Oktober 2016 hingga 30 November 2016
Pengumuman Pemenang : 01 Disember 2016
Tempoh Menuntut Hadiah : 01 Disember 2016 hingga 7 Disember 2016


Cuba nasib. InsyaaAllah~

Thursday, November 10, 2016

Orked saya sudah berbunga. Yess!!!



Pokok orkid ini adalah pemberian ibu mertua. Dalam banyak- banyak pokok orked yang saya tanam, pokok ni yang paling kerap berbunga. yang lain tak pernah berbunga lagi. 


Memang ada beli baja bunga (jenis garam) dari kedai. Tapi, masih tak berbunga jugak. sekarang saya tengah kumpul maklumat untuk bagi orked saya berbunga ada beberapa petua seperti

1) Letak bawah matahari dengan cukup.   (dah buat)
2) Jangan lupa siram dengan air baja.   (dah Buat)
3) Jaga akar pokok. kalau akar mati, atau tak sihat, pokok susah berbunga. (rasanya akar pokok ok ja)

Hurm. kalau siapa-siapa ada tips yang lain tolong bagitahu saya ye. Thank you. =]

Sunday, October 23, 2016

NEW LEAF~

In the dirty place, a new life sprout. bringing joy to others. should there be anything more precious than this?

Thursday, October 20, 2016

Bayam Batu @Mullberry.. Nak Siket?

Cubaan untuk menanam pokok mullberry berhasil. yahoo! cerita bermula pada hari raya Aidilfitri Julai 2016. kami balik beraya di rumah tok di kedah. sambil2 beraya gi tengok pokok2 dekat rumah tok. Ada Pokok mullbery besar sangar. Hasrat dalam hati nak tanam kt rumah lah. berbunga hati masa tengok pokok ni. gtaw mama dan mama lah yang mintak kt tok. terima kasih mama! sayang mama!

kt sini orang panggil buah bayam batu. memang orang kedah panggil camtu kot. hee.

Cara nak tanam pokok ni senang ja. 

1) Ambil batang pokok (keratan batang dalam 10 - 15 cm)

2) Semai dalam polybag.

sudah.

Eh, jangan la tak siram pulak. siramlah sehari sekali pon dah cukup. Sekarang ni musim hujan. jadinya x siram langsung. ngee~ naik dah. tinggi.



Pokok ni lebih kurang 3 bulan. dah berbuah. rasa buah ni masam kalau makan yang warna merah. jadi, jangan makan masa kaler merah, tunggu warna hitam barulah buah ni rasa manis. Rasanya lebih kurang macam makan buah anggur. tapi anggur super duper kecil. berjus. tapi kecil sangat. x puas makan sikit2. Hurm, pernah scroll facebook timeline tengok orang buat jus dari buah mullberry. nanti kita cuba dan kita update sini ye.

Why?


Sebagai seorang surirumah, menulis blog boleh mengisi masa lapang. Kan? Kadang2 nak mencuba resipi baru. Dan untuk menulis cara2 membuat sesuatu. Okay, kita tulis satu persatu, ye. Bukan semua kita boleh ingat. takot lupa lah katakan. boleh kan?

Ayuh kita mula.